Selasa, 30 Jun 2009

PETUA

a. Tips Cara Membasuh Batik Sutera:

1. Cuci batik dengan syampu @ sabun pencuci khas dengan menggosok perlahan-lahan. Elakkan menggunakan serbuk pencuci biasa &
jangan sekali-kali menggunakan mesin basuh untuk membasuh @ mengering kain batik sutera kerana ia akan merosakkan struktur kain. 
(Jangan sekali-kali merendam kain batik sutera dalam tempoh yang lama)
2. Bilas kain dengan air bersih, elakkan memerah. (Seelok-eloknya air suam-suam kuku shj)
3. Seboleh-bolehnya jangan menggunakan pelembut kain secara kerap kerana takut dikhuatiri akan mereputkan kain sutera.
3. Sidai batik di tempat teduh, elakkan menjemur terus di bawah sinaran terik matahari. (Jika boleh, tarik hujung kain supaya lajur kain batik berada dalam keadaan yg betul)
4. Sterika dengan suhu rendah sebelum kain betul-betul kering, ini bagi menyenangkan kerja menggosok. (laraskan suhu sterika ke bhg. silk & elakkan menggunakan suhu yg tinggi @ alas batik sutera yg hendak digosok dengan kain lain untuk mengelakkan kesan suhu sterika yang melampau ke atas batik sutera)

5. Gantung batik sutera menggunakan penyakut baju & simpan di dlm sarung plastik . Elakkan drp melipat batik sutera, ini bagi mengelakkan kesan lipatan jika terlalu lama disimpan.

6. Selain daripada petua di atas, antara langkah terbaik untuk menjaga qualiti batik sutera adalah dengan cara menghantar cucian secara "Dry Celaning" @ "Aqua Dry Cleaning". (Bagi mereka yg tinggal di Kawasan Sg.Besar, Kuala Selangor & Klang, Kedai Dobi Melor & Kedai Dobi Umi ada menyediakan perkhidmatan "Aqua Dry Cleaning" dgn harga yg amat berpatutan).

b. Tips sebelum menjahit kain batik sutera:

1. Untuk mendapat ukuran baju yg sepadan, seelok-eloknya kain batik sutera terutamanya daripada jenis crepe @ chiffon hendaklah disterika terlebih dahulu sebelum dipotong kainnya. Ini kerana sifat kain sutera crepe @ chiffon yang mengembang apabila telah dibasuh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan